Tuesday, August 14, 2007

Majlis Pertemuan J11

Minggu ini adalah minggu pertemuan rakan-rakan lama. Kesempatan pertama semasa Majlis Makan Malam Perdana 3 Serangai (STAR, SDAR, STF) pada 9hb Ogos 2007 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis gilang gemilang sambutan bersama penubuhan 50 tahun sekolah menengah Melayu pertama.

Antara rakan-rakan J-11 yang hadir ialah Mohamad Bahadon, Abd. Rahman Othman, Ruzlan Zabidi, Rahmat Tambi, Zainal Yahya, Kamal Jamaluddin, Fauzi Mansor, Yusof Ahmad, Shukri Dahan, Dr. Zakaria, SM Nordin, Razak Bakar, Shahrin Mokhtar, Dato Nasir Ahmad, Darif Idris, Hassan Samad, Wahab Ikhsan, Dr. Ahmad Tajuddin Othman, Fathil Shariff, dll ( maaf kerana tak dapat ingat…)

Terima kasih pada Dato Rosli Sharif yangg sponsor meja-meja J-11 dan kesian kerana tidak dapat bersama kerana ada halangan lain, dan terima kasih pada sdra Presiden J-11 yang tidak jemu-jemu jemput kawan-kawan untuk hadir.

Pertemuan kedua ialah pada Majlis Perkahwinan anak Professor Dr Ahmad termizi Ramli ((Ustaz) – dia ke RMC tingkatan 4) di Kelab Shah Alam pada 11 hb Ogos 2007. Antara J-11 yang hadir ialah Dr. Hafiz Ali, Hassan Samad, Shukri, dll. Kesian pada Dr Hafiz yang tidak ingat pada Hassan Samad satu rumah kuning dengan beliau. Banyak benda yang dia lupa lepas impak kemalangan. Dan Jun laau beliau mengalami serangan jantung. Begitulah apa yang antara kita akan lalui umur-umur begini.

Teringat saya pada Nawawi dan Azmi. Semuga kembali sembuh dan sihat walafiat.

No comments: